Penubuhan UNIT USAHAWAN GIATMARA SARAWAK

Sebuah jawatankuasa bertindak perlu ditubuh dan dipertanggungjawabkan khusus bagi membangunkan sektor keusahawanan didalam Organisasi GIATMARA Sarawak iaitu dikenali sebagai UNIT USAHAWAN GIATMARA dimana objektif utamanya ialah untuk melahirkan USAHAWAN GIATMARA di seluruh Sarawak.Unit Usahawan GIATMARA Sarawak akan dianggotai oleh beberapa orang pengurus dan tenaga pengajar. Unit Usahawan ini akan dibentuk dengan dua pasukan iaitu bagi melaksanakan aktiviti keusahawanan didalam 2 zon negeri Sarawak. Setiap Zon akan mengandung 11 buah pusat GIATMARA yang berdekatan didalam Zon Selatan dan Zon Utara Negeri Sarawak. Unit ini dicadangkan diiktiraf secara rasmi oleh pengurusan MARA dan GIATMARA sebagai badan penyelaras semua aktiviti keusahawanan yang dijalankan dan segala peraturan-peraturan perkhidmatan terpakai termasuklah mengguna pakai Surat Pekeliling Kewangan MARA Bil. 2/2003 bertajuk Kadar-kadar dan syarat-syarat tuntutan , kemudahan dan bayaran kepada pegawai-pegawai kerana menjalankan tugas rasmi. Dan surat pekeliling kewangan bil 2/2005 bertajuk Peraturan mengenai kadar-kadar dan syarat-syarat bayaran saguhati kepada pensyarah/penceramah dan fasilitator sambilan.


Cadangan Urusetia Induk UNIT USAHAWAN GIATMARA SARAWAK

Penasihat : Pengurus Besar GIATMARA Negeri Sarawak
Mejar ( B ) Baharudin bin Md Yasin

Ahli Jawatankuasa :
1. Rakawi Nawi – Pengurus GIATMARA Serian ( Zon Selatan )
2. Sait Junaidi - Pengurus GIATMARA Oya/Mukah ( Zon Utara )
3. Cik Adibah Yusof - Pengurus GIATMARA Petra Jaya
4. Abadi bin Husin - Pengurus GIATMARA Saratok
5. Mohd.Adzhari bin Kabol – Pengurus GIATMARA Miri
6. Mohammad Nazib bin Pabeli – Pengurus PGM Lubuk Antu

Ahli-ahli : Terdiri dari kakitangan/tenaga pengajar yang dipilih
Dan dilantik dari setiap Pusat GIATMARA Di Sarawak.



Penubuhan Jurulatih Usahawan GIATMARA


Penubuhan Jurulatih Usahawan GIATMARA adalah difikirkan perlu bagi memainkan peranan sebagai penceramah dan fasilitator kepada kursus-kursus yang bakal dijalankan ke atas para pelatih dan lepasan pelatih. Beberapa orang pengurus dan tenaga pengajar/kakitangan yang dipilih perlu diberi latihan bagi mempersiapkan diri sebagai Jurulatih Usahawan GIATMARA. Jurulatih yang dipilih adalah terdiri dari urusetia Unit Usahawan GIATMARA atau pengurus/tenaga pengajar/kakitangan yang mempunyai latarbelakang pendidikan , pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan.

Peringkat awal penubuhan dan perlaksanaan program-program yang membabitkan jurulatih ini perlulah mempunyai kerjasama yang baik dengan Bahagian Pembangunan Usahawan , Ibu Pejabat MARA, PUSMA Negeri dan juga pihak PMD diperingkat Daerah atau Pusat dalam mendapatkan modul , kaedah pembelajaran, pengalaman serta teknik pengendalian kursus yang baik dan berkesan. Kerjasama juga boleh dijalinkan bersama dengan agensi pelaksana yang lain termasuklah Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti, Jabatan Ketua Menteri. PUNB atau mendapatkan kepakaran dari Kementerian Pembangunan Usahawan sendiri.


Kursus Training of Trainer / Kursus Latihan Pembentukan Usahawan

Kursus TOT juga perlu diberikan kepada Jurulatih-jurulatih GIATMARA yang dipilih diperingkat negeri didalam usaha menyiapkan diri dengan teknik pengendalian kursus yang baik. Di samping itu Modul-Modul Pengajaran juga perlu diberikan agar kandungan penyampaian yang baik dapat disampaikan kepada bakal usahawan-usahawan GIATMARA. Cadangan agar semua jurulatih yang dipilih diberi pendedahan kursus LPU oleh pihak MARA.


Pengwujudan Data Bank Usahawan GIATMARA

Sebagai menggerakkan Sektor Keusahawanan di dalam GIATMARA juga suatu sistem maklumat yang berfungsi sebagai penerima dan penyalur maklumat berkenaan segala aktiviti keusahawanan juga perlu diwujudkan yang akan dikenali sebagai Data Bank Usahawan GIATMARA. Sebagai fungsi permulaan , Data Bank ini akan digunakan untuk menerima maklumat lepasan pelatih yang berminat untuk menjadi Usahawan GIATMARA setelah iklan melalui akhbar , radio dan saluran pusat-pusat dibuat. Selain itu fungsinya akan dikembangkan dari masa ke semasa termasuklah sebagai penyalur maklumat kepada pelbagai pihak.Data Bank ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh UNIT USAHAWAN GIATMARA.

0 Comments:

© 2007