Pemilihan Pelatih dan Kumpulan Sasar – USAHAWAN GIATMARA

Memandang beberapa ciri-ciri keusahwanan menjadi pertimbangan dalam menjayakan USAHAWAN GIATMARA ini , maka bagi peringkat awal ini beberapa kelompok Lepasan pelatih giat akan diberi penumpuan seperti dalam kelompok yang berikut:

a. Pelatih yang telah dan sedang terlibat program Inkubator yang berjumlah seramai 81 orang semuanya di seluruh Sarawak. Bagi pusat-pusat yang belum mempunyai aktiviti-aktiviti incubator di kawasan mereka akan cuba dibantu oleh UNIT USAHAWAN GIATMARA Negeri Sarawak untuk mewujudkannya.

b. Pelatih lepasan GIATMARA bekas tentera- sudah pastinya kelompok ini adalah golongan yang agak bersedia memandangkan faktor pengalaman,usia dan kesanggupan yang telah mereka tunjukan. Seramai 132 Orang.

c. Pelatih lepasan GIATMARA yang kerja sendiri kecil-kecilan.
Kelompok ini juga harus diberi penumpuan memandangkan golongan yang perlu dibimbing dan dimajukan keperingkat yang lebih tinggi daripada apa yang mereka usahakan dan miliki sekarang. Seramai 1187 orang.

d. Pelatih yang baru menamatkan Latihan
Kelompok ini adalah kumpulan yang boleh dipupuk nilai-nilai keusahawanan kepada mereka terutama yang telah mempunyai minat dan yang masih lagi tidak tahu hala tuju. Seramai 646 orang

e. Pelatih lepasan GIATMARA yang terlibat dengan program Long Life Learning. Kelompok ini juga sebahagiannya boleh dijadikan sasaran memandangkan faktor kematangan, rangkaian perhubungan dan kesediaan boleh diterapkan dengan nilai-nilai keusahawanan.- jumlahnya belum diketahui , usaha pengumpulan data akan dibuat selanjutnya.

f. Pelatih-pelatih yang sedang mengikuti latihan kemahiran.
Kelompok ini juga seharusnya diberi penumpuan dengan menggunakan kaedah pembudayaan nilai-nilai keusahawan dilakukan kepada mereka dan kelompok inilah juga sebagai kelompok asas bagi mengesan dan memupuk minat mereka menjadi Masyarakat perdagangan dan perindustrian apabila mereka tamat latihan. Seramai 1022 Orang.

Nota:
- Sila rujuk kepada pecahan lepasan pelatih pusat-pusat GIATMARA Negeri Sarawak -
- Penumpuan kepada kelompok didalam petak berwarna kuning
- Bagi golongan a, b , c , d dan e dikategorikan sebagai – Kelompok Fasa I
- Bagi golongan f dikategorikan sebagai – Kelompok Fasa II
- Jumlah kumpulan sasar ialah seramai 3068 orang sebelum saringan.

0 Comments:

© 2007