Cadangan Strategi Pengukuhan

Pusat Inkubator GIATMARA

Usaha GIATMARA Malaysia mengwujudkan program Inkubator GIATMARA sendiri telah menjadi penggerak kepada budaya keusahawanan dikalangan pelatih-pelatih dimana mereka ingin terus berkecimpung didalam bidang berkenaan sebaik saja mereka tamat latihan. Namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memantapkan dan memajukan penglibatan mereka agar mereka lebih bersedia untuk mengharungi dunia keusahawanan seandainya mereka telah habis tempoh didalam proses inkubator.


Penambahbaikan program Inkubator

a. Penempatan

- Pusat Inkubator haruslah diletakkan dikawasan persekitaran yang agak sesuai
dengan “ Nature of Business “ bagi sesuatu sesuatu bidang berkenaan .
Pertimbangan ini diambil bagi mengikis pandangan umum/pasaran seperti isu-
isu berikut:

- Masih lagi dalam latihan
- Kualiti kerja
- Jadual waktu kerja mengikut masa latihan.

Cth: Pendawaian Elektrik Domestik - Di kawasan Pusat Perdagangan dan
kawasan komersial perumahan
Pembuat Pakaian Wanita - Pusat-pusat membeli belah
Pem.Juruteknik sist.komputer
Rekagaya Rambut dan
Kecantikan.

Mengetuk dan Mengecat, - Di kawasan industri kecil dan kawasan
Tek.Automatif Kend.Kom Majlis berkuasa tempatan dan kawasan
Membaiki Motosikal, jenis perkhidmatan ini.
Fabrikasi Logam,

- Oleh itu adalah dicadangkan bahawa setiap pusat perlu mempunyai sekurang-
kurang sebuah pusat inkubator bagi setiap kursus yang dijalankan dan berada
di kawasan yang dicadangkan. Peruntukan khas diperlukan bagi pengwujudan
pusat incubator berkenaan dengan anggaran kos RM 30,000- RM 50,000
termasuk peralatan dan mesin. Konsep ini berbeza dengan pusat Inkubator
yang dijalankan oleh pihak MARA sendiri,Inkubator GIATMARA sedia ada,
dan Pusat Inkubator yang dibuat oleh pihak Unit Kualiti , Jabatan Ketua
Menteri Sendiri.

b. Tempoh Penyertaan

Tempoh penyertaan adalah bagi tempoh 6 -18 bulan iaitu bergantung kepada proses peningkatan dan pengukuhan
Yang perlu mereka ikuti iaitu kursus-kursus cadangan telah dilalui oleh mereka serta segala persediaan untuk memasuki pasaran terbuka telah dilakukan.

- Kursus Asas Perniagaan
- Kursus Latihan Pembentukan Usahawan
- Kursus Kewangan/perakaunan
- Dan kursus-kursus yang bersesuaian.

Persediaan Memasuki pasaran terbuka.( Pemantauan dan Khidmat Nasihat
Unit USAHAWAN GIATMARA di Pusat berkenaan )

- Urusan perlesenan
- Urusan penempatan
- Urusan Bantuan Kewangan

c. Bantuan Bahan/Modal Pusingan/Kewangan

- Bantuan ini boleh diperhalusi lagi samada bantuan diberi dalam bentuk Geran atau dalam bentuk. Pinjaman. Ianya amat perlu sebagai modal permulaan menjalankan perniagaan untuk pembelian bahan-bahan dan alat ganti asas. Anggaran RM 3000- RM 5000.Sumber ini diletak dibawah pengawasan Unit Bimbingan Usahawan GIATMARA.
- Sebelum ini tiada peruntukan khusus diberikan bagi menjayakan program inkubator ini di Pusat-pusat. Dengan adanya peruntukan diberikan oleh agensi pusat atau ibu pejabat dijangka akan mempercepatkan proses perlaksanaan diperingkat pusat.

d. Bantuan Promosi

- Pihak Pengurusan Pusat GIATMARA dan Unit Bimbingan Usahawan GIATMARA harus membantu untuk mempromosikan kegiatan Pusat Inkubator Setempat bagi mendapatkan seramai mungkin pelanggan bagi Mempercepatkan proses lahirnya usahawan dari pusat incubator berkenaan.
- Bantuan pemasaran/promosi

e.Pemantauan

- Pemantauan perlulah sering dilakukan oleh Pusat GIATMARA setempat dari masa ke semasa dan pemantauan dari UNIT USAHAWAN GIATMARA dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mempastikan aspek-aspek keusahawanan berikut bergerak lancar.

a. Aspek Pengurusan
b. Aspek Pemasaran
c. Aspek Pengeluaran/Operasi
d. Aspek Kewangan.

0 Comments:

© 2007