Peranan

Pengenalan

GIATMARA MALAYSIA merupakan satu institusi latihan kemahiran yang diwujudkan oleh MARA bagi membangunkan sosio-ekonomi bumiputera selanjutnya mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sehubungan itu GIATMARA di Negeri Sarawak berithizam dan komited untuk melahirkan warganya yang menyumbang ke arah MPPB berkenaan dan melahirkan USAHAWAN GIATMARA Negeri Sarawak.Inisiatif ini diambil bagi membangunkan sektor keusahawanan dari kalangan lepasan pelatih GIATMARA Sarawak.

Secara amnya halatuju lepasan pelatih-pelatih GIATMARA ialah sebahagian besarnya akan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, sebahagiannya akan melanjutkan pelajaran,sebahagiannya pula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan namun bilangannya masih lagi kecil dari jumlah keseluruhannya .


Latarbelakang GIATMARA Negeri Sarawak


Pusat-pusat GIATMARA di Sarawak sudah mula bertapak semenjak bulan Nov 1992 . Sehingga kini telah terdapat 22 buah Pusat GIATMARA di seluruh negeri Sarawak dan telah berjaya menghasilkan seramai 9918 lepasan sehingga bulan Disember 2005.

Diketahui juga sebahagian dari mereka telah memulakan perniagaan namun maklumat terperinci sedang dikumpul bagi mengetahui sejauh mana penglibatan mereka di dalam bidang berkenaan.Sebahagian besarnya dilahirkan menerusi program inkubator.Setakat ini seramai 90 orang telah mendaftarkan syarikat sendiri dan beroperasi menjalankan perniagaan mereka masing-masing dan 81 orang masih lagi menjalani program inkubator di beberapa buah pusat GIATMARA.

0 Comments:

© 2007