Jadual Tugas :
1. Latihan Sambil Kerja Usahawan (LSKU)
a. Menguruskan pemilihan mentor (syarikat/perusahaan berjaya) bersama PGM;
b. Menguruskan pemilihan mentee bersama PGM;
c. Memantau pelaksanaan program;
d. Menyimpan & mengemaskini maklumat program & peserta.
2. Program Komuniti Usahawan Digital (PKUD)
a. Menyebarkan maklumat program kepada usahawan/penduduk setempat;
b. Memantau pelaksanaan program;
c. Menyimpan & mengemaskini maklumat program & peserta.
3. Inkubator
a. Memastikan pelaksanaan program Inkubator di semua PGM;
b. Mengenalpasti tapak/lokasi bagi premis Inkubator untuk PGM yang tidak mempunyai tapak bersesuaian;
c. Membuat perancangan pelaksanaan program;
d. Memantau pelaksanaan program;
e. Menyimpan & mengemaskini maklumat peserta.
4. Program Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK)
a. Menyebarkan maklumat program kepada lepasan GIATMARA;
b. Mengaturkan sesi ujian kompetensi keusahawanan bersama PGM;
c. Mengaturkan sesi temuduga peserta bersama PGM, PMD, PUSMA & PMN;
d. Memantau pelaksanaan program;
e. Menyimpan & mengemaskini maklumat program & peserta.
5. Kelab Usahawan GIATMARA (KUG)
a. Mengedarkan borang KUG kepada usahawan lepasan GIATMARA;
b. Mengatur aktiviti KUG;
c. Mewujudkan jaringan perniagaan di antara usahawan GIATMARA di peringkat negeri dan diperkembangkan ke peringkat Kebangsaan;
d. Menyimpan & mengemaskini maklumat peserta.
6. Pembangunan Produk
a. Mengenalpasti produk bernilai komersil hasil lepasan GIATMARA untuk dibangunkan;
b. Menganalisa daya maju pembangunan produk tersebut;
c. Menyediakan kertas kerja pengkomersilan produk;
d. Menyimpan & mengemaskini maklumat peserta.
7. Program Kerjasama Dengan FITEC
a. Membuat pemilihan peserta bersama PGM;
b. Memantau pelaksanaan program;
c. Menyimpan & mengemaskini maklumat peserta.
8. Susulan Usahawan GIATMARA
a. Mengumpul maklumat usahawan lepasan GIATMARA;
b. Menyimpan & mengemaskini maklumat peserta;
c. Memantau status & kemajuan usahawan GIATMARA;
d. Menghantar maklumat ke Ibu Pejabat GIATMARA.
9. Pemantauan & Pemantapan
a. Membuat pemantauan terhadap semua program/aktiviti keusahawanan yang melibatkan usahawan GIATMARA di negeri tersebut;
b. Memastikan bilangan usahawan GIATMARA yang perlu diwujudkan tercapai;
c. Mencari peluang dan membuat perancangan bagi memantap dan meningkatkan daya maju dan daya saing usahawan GIATMARA.
10. Bimbingan
a. Memberi ceramah keusahawanan;
b. Memberi khidmat nasihat berhubung semua aspek keusahawanan;
c. Menyalurkan maklumat dan rujukan berhubung aktiviti/program keusahawanan kepada kakitangan GIATMARA.
11. Lain-Lain
a. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengurusan Atasan GIATMARA dari semasa ke semasa.
Pegawai Pembimbing Usahawan GIATMARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment