AKTIVITI KEUSAHAWANAN GIATMARA NEGERI SARAWAK SUKU TAHUN 2008





Kepada :

Pengurus Kanan,
Pengurus-pengurus,
Tenaga Pengajar Keusahawanan

Tuan/Puan.

AKTIVITI KEUSAHAWANAN SUKU TAHUN 2008

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

Sebagai peringatan kita bersama dan merujuk kepada minit mesyuarat pengurus-pengurus Giatmara 1/2008 tempohari bahawa usaha-usaha untuk membangunkan usahawan dari kalangan lepasan GIATMARA Sarawak perlu dijalankan dari masa ke semasa agar sasar kita akan tercapai iaitu seramai 11,000 usahawan GIATMARA secara keseluruhannya didalam rancangan Malaysia 9 ini.

Manakala kita diperingkat negeri Sarawak telah juga menetapkan sasaran untuk dicapai sepanjang tahun ini agar ianya selaras dengan sasaran unit pembangunan Usahawan ibu pejabat melalui 4 program utama kita iaitu melalui Inkubator, Putek , LSKU dan KUG..selain program-program lain yang akan menyusul dari masa ke semasa.

Seperti yang telah dipersetujui bahawa , kita diperingkat negeri Sarawak ,perlaksanaan aktiviti keusahawanaan akan dijana dan digerakkan melalui Jawatankuasa Unit Usahawan GIATMARA yang telah dibentuk dengan dibantu oleh semua pengurus-pengurus dan semua Tenaga Pengajar Keusahawanan didalam zon-zon yang telah dibentuk bagi seluruh Negeri Sarawak.

Senarai Ahli Jawatankuasa yang telah dibentuk dan dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan adalah seperti berikut:


Pengerusi : Mejar ( B ) Baharudin bin Md Yasin
Pengurus GIATMARA Negeri Sarawak
Tim.Pengerusi : Kapten ( B ) Azman bin Samad
Pengurus Kanan , PGM Batang Sadong

Ahli Jawatankuasa Induk : 1. Rakawi Nawi – ZON SELATAN
Pengurus PGM Serian

2. Abadi Bin Hussin - ZON TENGAH
Pengurus PGM Saratok/ Betong

3. Mohd. Adzhari bin Kabol- ZON UTARA
Pengurus PGM Miri

Ahli-ahli : Terdiri dari Pengurus/tenaga pengajar yang dipilih
dan dilantik dari setiap Pusat GIATMARA Di Sarawak.


Oleh itu semua kegiatan dan penyelarasan aktiviti keusahawanan akan dipacu oleh pengurus-pengurus di kawasan zon berkenaan mengikut pecahan zon yang telah dibentuk seperti berikut.

Pembentukan Zon USAHAWAN GIATMARA Negeri Sarawak

A. ZON SELATAN

i. GIATMARA Bandar Kuching
ii. GIATMARA Mas Gading
iii. GIATMARA Santubong
iv. GIATMARA Petra Jaya
v. GIATMARA Samarahan
vi. GIATMARA Serian
vii. GIATMARA Batang Sadong
viii.GIATMARA Batang Lupar
ix. GIATMARA Sri Aman

B. ZON TENGAH

i. GIATMARA Lubok Antu
ii. GIATMARA Betong
iii. GIATMARA Saratok
iv. GIATMARA Sarikei
v. GIATMARA Kuala Rejang
vi. GIATMARA Julau
vii. GIATMARA Sibu
viii. GIATMARA Kapit
ix. GIATMARA Oya/Mukah

C. ZON UTARA

i. GIATMARA Bintulu
ii. GIATMARA Miri
iii. GIATMARA Baram
iv. GIATMARA Bukit Mas ( Lawas )

Suatu mesyuarat Jawatankuasa Unit Usahawan GIATMARA Negeri Sarawak akan dicadangkan untuk diadakan dalam masa terdekat ini nanti .

Beberapa aktiviti keusahawanan telah kita jalan sepanjang tempoh sukuan tahun ini iaitu pada Jan-April 2008 iaitu:

1. Program Pembentukan dan Jejak Usahawan

Dimana program ini berobjektifkan untuk memanggil semua lepasan pelatih yang berminat untuk menjadi usahawan agar dapat memberi maklumat dan perkembangan terkini mereka yang mana seramai kira-kira 11400 orang lepasan pelatih GIATMARA Negeri sarawak telah dilahirkan dan anggaran kita seramai 5 % daripada kalangan mereka telah menjadi usahawan dan mereka beselerakkan di seluruh Negeri Sarawak.

Namun usaha-usaha perlu dijalankan bersama untuk menjejaki mereka ini agar kita mempunyai sistem database yang lengkap dan up to date bagi membolehkan kita merancang dan melaksana program yang relevan untuk mereka nanti terutamanya bagi penubuhan Kelab Usahawan GIATMARA
Sarawak ini pada bulan Mei 2008 ,disamping itu ialah kursus-kursus peningkatan dan beberapa program yang sedang dirancang untuk mereka.

Beberapa program dan tindakan juga telah diambil bagi menjayakan program Pembentukan dan Jejak Usahawan ini iaitu.:

a. Pengedaran surat dan iklan untuk bantuan hebahan untuk aktiviti keusahawanan GIATMARA Negeri Sarawak telah dibuat pada bulan Mac yang lepas kepada:

i. Semua Pengurus-Pengurus
ii. Semua Pegawai MARA Daerah
iii.Semua Pegawai Daerah dan Pejabat-Pejabat Daerah Kecil diseluruh
Negeri Sarawak

b. Penghantaran dan pemberitahuan melalui stesen-stesen Radio untuk semua Bahasa saluran Bumiputera, termasuk bahasa Iban, Bidayuh, Kelabit, Lumbawang, Bisaya dan lain-lain lagi bagi stesen radio.

i. Sarawak FM
ii. Rasa FM
iii. Sibu FM
iv. Miri FM
v. Limbang FM
vi. Y FM

c. Sesi temubual saya bersama dengan Sarawak FM pada 22 Mac 2008 untuk memberi penjelasan lanjut tentang program-program keusahawanan GIATAMARA yang sedang dan akan dijalankan di negeri Sarawak.

2. Temuduga Calon Putek

Temuduga Calon Putek telah dan sedang kita jalankan sepanjang bulan Mac dan April ini dengan menganggarkan kursus PUTEK akan dapat dijalankan pada hujung bulan April dan Mei bagi ketiga-tiga zon untuk pusingan pertama ini atau 6 bulan pertama ini.

Dengan kesempatan ini diucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan tuan/puan yang telah terlibat didalam melaksanakan dan menjayakan sesi temuduga berkenaan.Senarai nama sedang dianalisa oleh Unit Pembangunan Usahawan , Ibu Pejabat dan senarai yang terpilih akan dimaklumkan selanjutnya.

3. Perlaksanaan dan pewujudan Inkubator

Saya juga dimaklumkan bahawa beberapa GIATMARA sekarang sedang giat untuk menubuhkan Inkubator masing-masing sama ada yang melibatkan Inkubator di dalam atau di luar pusat dan ini adalah pentanda positif dimana program sedikit sebanyak sedang bejalan diperingkat akar umbi.

Jadi tuan/puan didalam usaha kita menjayakan sasaran,program dan perancangan aktiviti keusahawanan GIATMARA Negeri ini masih menuntut kerjasama komitmen yang tinggi dari tuan/puan dengan menyalurkannya kepada pengurus zon usahawan yang dipertanggungjawbkan dan Jawatankuasa Unit Usahawan Negeri Sarawak agar tindakan bersepadu dapat diambil dan keputusan yang memberangsangkan dapat diperolehi.

Melalui 4 program yang berikut adalah sandaran kita pada masa ini untuk menggerakkan aktiviti keusahawanan di GIATMARA masing-masing iaitu seperti berikut:

a) Inkubator

Sasaran adalah sebanyak 8 inkubator ( peserta ) dapat diwujudkan sepanjang tahun ini di GIATMARA masing-masing. Konsep adalah " GIATMARA EXIT" dan " USAHAWAN EXIT " boleh dibuat didalam GIATMARA atau di luar Premis GIATMARA . Permohonan peruntukkan boleh diajukan kepada Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA ibu pejabat secepat mungkin sementara peruntukkan masih ada.(dianggarkan peruntukkan yang ada RM 1juta untuk seluruh negara ) Permohonan adalah untuk pembelian peralatan, mesin , sewa dan senggaraan, anggaran harga perlu dibuat dan diajukan kepada Unit Pembangunan Usahawan ( Saudari Nurul ) dan kertas kerja akan disediakan beliau.Jika sudah ada sebut harga disertakan dan surat tawaran sewa dari pemberi sewa dibekalkan.

b) Putek

Kita akan mengadakan kursus Putek dalam masa terdekat ini nanti iaitu anggaran hujung bulan April dan Mei.Diharap nanti bagi peserta yang terpilih sila buat susulan dan memastikan kehadiran mereka.

Manakala kita telah menjalankan sebanyak 2 kursus sebelum ini dan dalam waktu terdekat ini kita perlu menyusul lepasan peserta ini untuk mengetahui status aktiviti mereka dan apakah keperluan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka lagi.Jumlah mereka adalah seramai 186 orang seluruh negeri sarawak.

c) Latihan Sambil Kerja Usahawan ( LSKU )

Program ini adalah bersifat mentor-mentee dimana lepasan pelatih kita adalah mentee dan tempat mereka mempelajari sesuatu bidang kemahiran tertentu ditempat yang sudah establish dan mampu untuk mengajar dijadikan Mentor. dan kedua-dua peserta program samada mentor -mantee akan mendapat elaun dari MARA.

Buat setakat ini belum ada GIATMARA yang tampil untuk melaksanakan aktiviti ini namun ianya juga akan memberi banyak manafaat kepada lepasan pelatih bagi sesiapa yang terlibat dalam program ini.

Oleh itu mohon kita sama-sama berusaha untuk menjayakan program ini juga diperingkat pusat masing-masing.

d) Kelab Usahawan GIATMARA

Seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat yang lalu , GIATMARA Negeri Sarawak akan menubuhkan Kelab Usahawan ini pada bulan Mei yang akan datang.Program ini memerlukan data usahawan GIATMARA yang lengkap bagi memudahkan segala perancangan dan penyusunan keahlian .

Sehubungan dengan itu pihak kita memerlukan data usahawan yang terperinci dari setiap GIATMARA Di Negeri Sarawak dan dari masa ke semasa sebelum bulan Mei ini agar persediaan dapat dijalankan selanjutnya.

Oleh itu saya memohon kerjasama dari tuan /puan untuk menggerakkan aktiviti keusahawanan di peringkat tuan/puan agar ianya sentiasa giat dan maju selaras dengan keusahawanan itu juga merupakan TERAS kepada aktiviti GIATMARA Malaysia masa kini. Dalam pada itu juga kita lebih bersedia dengan beberapa aktiviti keusahawanan apabila lawatan CEO ke pusat kita masing-masing nanti dan lebih menceriakan apabila kita berjaya melahirkan lebih banyak usahawan dari kalangan lepasan pelatih GIATMARA Negeri Sarawak.

Terima Kasih diatas perhatian tuan/puan
Selamat berusaha dan maju jaya
Giat terus Mara
GIATMARA
SARAWAK



RAKAWI B NAWI
Pengurus
GIATMARA Serian
Zon Usahawan Selatan

0 Comments:

© 2007